Pengurusan dan pembelajaran pelajar
1) Mengenalpasti apakah jenis-jenis pengurusan dan pembelajaran dalam sekolah pada masa kini.
Terdapat pelbagai jenis pengurusan dan pembelajaran dalam sekolah . Guru mestilah menggunakan jenis pengurusan dan pembelajaran dalam sekolah yang sesuai dengan keadaan sekolah dan tahap kefahaman para pelajar.
2) Mengetahui bagaimanakah pengurusan dan pembelajaran pelajar berlaku di dalam sebuah sekolah.
Pengurusan pembelajaran mestilah selari dengan perancangan pembelajaran yang dibuat oleh guru perlu menimbangkan tentang objektif pelajaran,isi pengajaran, bahan-bahan pembelajaran dan pengurusan kemudahan. Kemahiran merancang dan mengurus merupakan prasyarat untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Ini bagi menjamin kejayaan bagi menjamin kejayaan bagi proses tersebut. Memastikan proses pembelajaran yang dialami para pelajar di sekolah berlangsung dengan sempurna mengikut garis panduan yang dikemukakan. Oleh itu, para pelajar akan lebih seronok dan bersemangat ketika proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.
Bagi mendapatkan pengurusan pembelajaran pelajar yang terbaik memerlukan strategi yang betul. Pelbagai strategi boleh dilakukan ketika waktu pengajaran dan pembelajaran di sekolah agar proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan efektif.
4) Mengenalpasti tahap keberhasilan pengurusan dan pembelajaran pelajar di sebuah sekolah pada masa kini.
Guru mestilah membuat persediaan awal untuk mengadakan proses pembelajaran di dalam kelas , sekolah , atau di mana-mana kawasan yang bersesuaian bagi melangsungkan proses pembelajaran. Hal ini membolehkan para pelajar menjalankan pembelajaran dengan masa yang sama. Seterusnya, boleh mengelakkan terjadinya pembaziran masa. Jadual waktu juga perlulah bersesuaian dengan kebolehan para pelajar.